Wednesday, 14 December 2016

PANDANGAN TENTANG SUBJEK PENGANTAR PENULISAN

Subjek pengantar penulisan merupakan subjek yang menerapkan tentang ilmu-ilmu penulisan kepada pelajar secara teori atau praktikal. Melalui subjek ini, pelajar akan diajar tetang teknik-teknik penulisan yang betul yang mampu membimbing mereka yang mahu menceburi bidang penulisan seperti penulisan skrip drama. Selain itu, subjek ini juga turut memberi penekanan kepada format-format berkaitan penulisan yang mana ianya membantu para penulis untuk memnulis mengikut format yang dikehendaki. Oleh itu subjek pengantar penulisan ini sememangnya memberi impak yang bagus kepada mereka yang mahu menceburi bidang penulisan dan juga kepada mereka yang mahu membaiki gaya dan mutu penulisan mereka kepada tahap yang lebih baik.


MAKNA DI SEBALIK LAGU RAPUH
Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Lagu nyanyian opick ini mengisarkan tentang ketuhanan dimana dalam kehidupan yang kita lalui dan dalam setiap waktu yang tidak mungkin dapat diulangi kita mungkin telah melakukan perkara yang negatif yang telah membuatkan diri kita berdosa. Namun walaupun kita seorang pendosa, kita perlulah sentiasa memohon kemaafan daripada Allah swt agar mendapat keredhaanya kerana kita hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan berharap kita dapat bertemu denganNya dalam keadaan yang diberkatinya

Sunday, 4 December 2016

KEMAHIRAN INSANIAH (KEMAHIRAN BEKERJA DALAM KUMPULAN)

Kemahiran bekerja dalam kumpulan merupakan  kemahiran insaniah yang amat diperlukan oleh generasi pada masa kini bagi menyelesaikan masalah atau pekerjaan yang dihadapi. Sejak di bangku sekolah lagi, para pelajar telah dilatih untuk melibatkan diri mereka untuk bekerja sebagai sebuah kumpulan bagi mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan berkongsi idea dan pendapat daripada sudut atau pandangan yang berbeza. Adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk mempunyai kemahiran seperti ini kerana pada masa kini mereka yang berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling akan berjaya mencapai apa yang mereka mahu kerana dunia pada masa kini memerlukan seseorang yang berani mencuba, mampu berkomunikasi dengan baik, dan mempunyai jaringan yang luas serta mampu menyerap dan menangani sebarang masalah dengan baik. Oleh itu, bagi memudahkan menyelesaikan sesuatu masalah, bekerja sebagai kumpulan merupakan langkah yang terbaik yang boleh diambil bagi supaya alternatif yang terbaik dapat dipilih dan dilaksanakan bagi mencapai keputusan yang terbaik.

ISU ANTARABANGSA (REAKSI TERHADAP PILIHAN RAYA DI AMERIKA SYARIKAT)

Pelbagai reaksi timbul apabila Negara yang dianggap kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat mengumumkan Donald Trump daripada parti republikan sebagai Presiden baru Negara mereka apabila mendapat undian majoriti melalui proses pilihan raya dengan mengalahkan pencabar beliau iaitu Hillary Clinton daripada parti demokratik. Presiden baru Amerika Syarikat itu menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sesetengah pihak berpendapat bahawa beliau merupakan seorang yang anti-islam dimana hal ini memberi kebimbingan kepada Negara-negara islam yang lain seperti Palestin yang memang sudah sekian lama dijajah oleh Negara kuasa besar ini. Persoalanya adakah dengan terlantiknya Presiden Amerika Syarikat yang baru ini akan memburukkan lagi keadaaan yang sedia ada atau sebaliknya? 

ISU DALAM NEGARA (ISU GEJALA LUMBA HARAM DI KALANGAN REMAJA)



Kebelakangan ini, isu mat rempit hangat diperkatakan di media massa. Malah kemalangan yang melibatkan kenderaan jenis motosikal mencatatkan peratusan yang paling tinggi berbanding kenderaan lain. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berwajib bagi membanteras aktiviti lumba haram terutamanya di kalangan remaja namun masalah ini masih belum dapat di atasi sepenuhnya. Pengaruh rakan sebaya, taraf hidup keluarga, dan pengawasan ibu bapa merupakan faktor utama remaja kecundang untuk melibatkan diri dalam aktiviti tidak sihat ini. Justeru kerjasama daripada pelbagai pihak sangat diperlukan bagi membanteras masalah ini daripada terus merebak seperti virus yang boleh memusnahkan masa hadapan anak muda Negara ini yang merupakan aset Negara yang bergitu bernilai.

SIAPA AKU LIMA TAHUN AKAN DATANG?

Siapa aku lima tahun akan datang persoalan yang amat sukar untuk aku jawab namun agak menarik untuk aku fikirkan.Perancangan hidup yang agak mudah untuk aku corakkan namun tiada jaminan ianya akan berjalan seperti yang dirancang namun lima tahun akan datang aku mengimpikan untuk memiliki sebuah restoran di mana restoran itu di usaha secara bersama dengan ahli keluargaku. Minat yang mendalam dalam bidang masakan merupakan dorongan yang besar mengapa aku mengimpikan untuk memiliki sebuah restoran dimana di restoran tersebut aku ingin membuat kelainan dengan menggabungkan masakan tradisional dan moden yang mungkin mampu memberi kelainan atau keunikan kepada citarasa pelanggan.